Home > Berita > Guna Simen Untuk Membesarkan Punggung

Guna Simen Untuk Membesarkan Punggung

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

MIAMI – Beberapa mangsa mula muncul bagi membantu polis untuk mengumpulkan bukti tentang perbuatan seorang lelaki yang menyamar sebagai pakar bedah plastik di negeri Florida.
Polis berkata, pakar bedah plastik itu, Oneal Ron Morris membahayakan keselamatan pelanggannya kerana menyuntik campuran simen, bahan kimia aerosol dan gam untuk membesarkan punggung dan bibir mereka.
“Kami menerima panggilan daripada beberapa mangsa dengan kebanyakan mereka ialah mak nyah, tetapi setakat ini terdapat dua kes yang disahkan,” kata jurucakap polis Miami, William Bamford pada Selasa lalu.
Menurutnya, selepas polis melakukan siasatan, Morris dan pembantunya, Corey Alexander Eubank ditangkap pada minggu lalu kerana menjadi pengamal perubatan tanpa lesen dan menyebabkan kecederaan sebelum kedua-duanya dibebaskan dengan ikat jamin.
Morris yang merupakan seorang mak nyah turut menyuntik dirinya dengan bahan beracun tersebut.sumber-pelik.org

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *