Home > Berita > “Guna Ubat Gigi Sebesar Kacang Tanah Je,” Doktor Gigi Ini Kongsi Cara Penggunaan Ubat Gigi Yang Betul, Bukan Macam Iklan TV

“Guna Ubat Gigi Sebesar Kacang Tanah Je,” Doktor Gigi Ini Kongsi Cara Penggunaan Ubat Gigi Yang Betul, Bukan Macam Iklan TV

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

23 Jan – Memberus gigi sudah menjadi rutin harian untuk memastikan gigi anda bersih dan orang sekeliling anda selesa dengan kebersihan diri anda.

Seperti iklan ubat gigi yang selalu ditayangkan di kaca televisyen, mereka menggunakan ubat gigi dalam kuantiti yang banyak untuk sekali penggunaan. Adakah itu cara yang tepat untuk mendapatkan kebersihan gigi yang optimum?

Atau itu sekadar satu strategi pemasaran untuk produk ubat gigi tersebut? Seorang doktor gigi yang bernama Izaza Mohd Zan dalam entri Facebooknya, telah menjelaskan kuantiti yang sepatutnya digunakan.

Menurut beliau, adalah satu pembaziran apabila menggunakan ubat gigi sepanjang berus gigi. Bukannya makin banyak ubat gigi, makin bersih gigi anda.

Tetapi, cara untuk memberus gigi lebih penting dari kuantiti ubat gigi itu sendiri. Tambah Dr Izaza lagi, bahagian badan berus gigi selalunya kurang digunakan, sebab saiznya yang lebih lebar. Hanya digunakan untuk memberus permukaan atas gigi dan sisi gigi sahaja.

Berikut adalah perkongsian penuh oleh Dr Izaza tentang penggunaan ubat gigi yang betul. Semoga bermanfaat dan tidak lagi membazir.

Berapa banyak nak letak ubat gigi ? Ada yang kata, ikut iklan, letak ubat gigi sepanjang berus gigi, lagi banyak ubat gigi, lagi bersih gigi bile berus. Betul ke ?

Errmm, tu membazir namenye. Sepatutnya, letak ubat gigi sebesar kacang tanah je. Sebab, ubat gigi sebesar kacang dah cukup nak bersihkan 32 batang gigi dalam mulut.

Cara berus gigi yang betul sangat penting. Ubat gigi diletak di bahagian hujung berus gigi, dan berus gigi perlahan-lahan.

Bahagian badan berus gigi, selalunya kurang digunakan, sebab saiz lebih lebar. Hanya digunakan, untuk berus permukaan atas gigi dan sisi gigi.

So, guna ubat gigi sebesar kacang tanah. Jangan membazir ye! – Siakapkeli.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *