Home > Berita > Hafiz Hamidun Failkan Permohonan Cerai Terhadap Joy Refva

Hafiz Hamidun Failkan Permohonan Cerai Terhadap Joy Refva

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Nampaknya kemelut perkahwinan antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa bakal berakhir selepas Hafiz dilaporkan telah menfailkan cerai terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, hari ini.

Hafiz, 33, yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais telah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Antara alasan dalam permohonan saman itu, dia menyatakan sudah tidak wujud persefahaman dalam hubungan dia dan isterinya itu selain mendakwa Joy Revfa melawan dan mengingkari segala suruhannya sebagai suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang mana menyebabkan status perceraian mereka hanya diselesaikan pada 10 Oktober lalu,” katanya.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan bagi pendengaran kes itu.

Saman berhubung permohonan cerai itu akan diserahkan kepada Joy Revfa, 30, pada sidang media yang akan dilakukan wanita itu di Mahkamah Syariah Shah Alam pada petang ini.

Ketika ditemui,Hafiz berkata, dia terfikir untuk memfailkan perceraian itu dua hari lalu, selepas kes pengesahan cerai antara Joy Revfa dengan ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim pada 12 Januari 2015 disahkan Mahkamah Syariah Shah Alam.


“Banyak isu tergantung ketika perkahwinan dengan bekas suaminya. Pihaknya (Joy Revfa) mendapat hikmah daripada keputusan mahkamah Selasa lalu dan banyak perkara dapat diselesaikan.


“Keadaan itu sebelum ini memberi impak kepada hubungan kami,” katanya.

Apabila ditanya mengenai dakwaan Joy Revfa yang mengaku dia pernah melakukan hubungan kelamin dengan Hafiz, penyanyi itu menyifatkan isterinya iut sepatutnya waras dan sedar dengan apa yang diperkatakannya.

“Sebenarnya saya tidak berminat langsung dengan apa yang dia luahkan dalam media sosial. Saya tidak mahu layan apa yang dia cakap kerana kenyataannya tidak berasas dan ia lebih kepada emosi,” katanya. – Siakapkeli.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *