Home > Berita > Harga Minyak Mentah Dunia Turun Buat Hari Kelima Berturut-Turut Hari Ini

Harga Minyak Mentah Dunia Turun Buat Hari Kelima Berturut-Turut Hari Ini

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Harga minyak sekali lagi ditutup lebih rendah dengan penurunan lima hari berturut-turut selepas wujud kebimbangan berhubung peningkatan dalam pengeluaran dan inventori Amerika Syarikat (AS), walaupun dengan jangkaan pengeluar utama yang lain akan melanjutkan usaha pemotongan bekalan lewat bulan ini.

Bagi Brent, ia ditutup pada 51 cent, atau 0.8 peratus, lebih rendah kepada AS$ 61.36 satu tong. Ia merekodkan penurunan untuk hari kelima berturut-turut.

Manakala harga minyak mentah bagi West Texas Intermediate pula menunjukkan kejatuhan empat sesi berturut-turut, ditutup pada 19 cent, atau 0.3 peratus lebih rendah pada AS$ 55.14 satu tong.

Harga minyak mentah susut sejak minggu lalu selepas mencatatkan paras tertinggi dua tahun bagi kedua-dua penanda aras yang menjangkakan bahawa bekalan Amerika Syarikat akan meningkat yang berpontensi menjejaskan usaha Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengetatkan pasaran.

Data Pentadbiran Maklumat dan Tenaga Amerika Syarikat (EIA) Rabu lalu melaporkan bahawa inventori minyak mentah domestik meningkat untuk minggu kedua, menokok sebanyak 1.9 juta tong dalam minggu yang berakhir pada 10 November. Stok simpanan minyak yang sudah diproses juga meningkat.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan Amerika Syarikat akan menyumbang lebih 80 peratus pertumbuhan dalam bekalan minyak mentah dunia untuk dekad akan datang. Malah, data mingguan juga menunjukkan terdapat peningkatan ketara dalam pengeluaran.

Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat mencatatkan rekod sebanyak 9.65 juta tong sehari, iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus sejak tahun 2016.

Pada tahun lalu, OPEC dan negara-negara bukan ahli OPEC termasuklah Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah sebanyak 1.8 juta tong sehari antara Januari tahun ini sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan harga minyak mentah dunia. Kedua-dua pihak dijangka bersetuju untuk melanjutkan perjanjian, sekurang-kurangnya hingga hujung tahun hadapan.

Sumber : Reuters, BH Online

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *