Home > Berita > ‘Henti Sebar Berita Palsu Siti Nurhaliza Hamil’ – Pengurus

‘Henti Sebar Berita Palsu Siti Nurhaliza Hamil’ – Pengurus

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

PENGURUS kepada penyanyi No. 1 negara Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa kecewanya terhadap satu laman page Facebook iaitu Kaki Share berikutan menyebarkan berita palsu mengatakan penyanyi popular itu sedang hamil.

siti nurhaliza dan pengurus, Rozi

siti nurhalizaSusulan itu, Rozi meminta agar pemilik akaun Facebook tersebut memadam artikel tersebut sekali gus menghentikan penyebaran berta palsu itu.

Menurut Rozi, 42, kenyataanya terhadap sebuah portal online telah dimanupulasi oleh laman page tersebut dan menyifatkan tindakan itu sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya kecewa dengan tindakan mereka. Disebabkan status dimuat naik itu membuatkan banyak pihak membaca dan mempercayainya. Malah banyak yang berkongsi di ‘page’ Facebook masing-masing.

“Saya yakin dan percaya pemilik akaun ini ialah orang Islam dan berbangsa Melayu. Jadi tentu dia mengetahui hukum memfitnah itu berdosa besar,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Rozi percaya tindakan laman page itu adalah mahu mengaut keuntungan demi kepentingan diri sendiri.

Sebelum ini, Kaki Share memuat naik satu artikel dengan menggunakan tajuk, ‘Terkini.. Siti Nurhaliza Hamil, Pengurus Siti Rozi Cipta Puisi Sepanjang Kehamilan Siti.” – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *