Home > Berita > HOT! GURU WANITA DAN LELAKI PAKISTAN DICEKUP BUAT FILEM LUCAH

HOT! GURU WANITA DAN LELAKI PAKISTAN DICEKUP BUAT FILEM LUCAH

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

HOT! GURU WANITA DAN LELAKI PAKISTAN DICEKUP BUAT FILEM LUCAH-Seorang guru penolong kanan wanita di sebuah sekolah di daerah ini bersama seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rakaman filem lucah.

Lizah Buang, 49, dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, yang bekerja sebagai peniaga, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh.
video seks guru
Mereka berdua didakwa membuat filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama di sini, pada pukul 8.30 pagi, 16 November lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak mencadangkan jaminan RM3,000 kepada Lizah namun tiada jaminan dicadangkan oleh pendakwaan terhadap warga asing itu.

Lizah bagaimanapun merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana suaminya sedang sakit dan hanya dia yang bekerja untuk menanggung enam orang anak.

Muhamad Usman pula merayu supaya dibenarkan ikat jamin kerana perlu menanggung isteri serta keluarganya di Pakistan.

Mohd. Firdaus membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 manakala Muhamad Usman RM10,000 berserta dua penjamin warga tempatan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali selain pasport antarabangsa diserah kepada mahkamah.

Mohd. Firdaus menetapkan 23 Januari depan bagi sebutan semula kes untuk kedua-dua tertuduh melantik peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, rakan kepada Muhamad Usman, Irfan Ahmed Ashraf Muhammad, 38, turut didakwa atas tuduhan memiliki bahan lucah termasuk kesalahan memeras ugut.

Mengikut pertuduhan pertama, Irfan Ahmed didakwa melakukan pemerasan hingga mendorong Lizah menyerahkan wang tunai RM10,000 pada pukul 12 tengah hari, 20 November lalu, di hadapan sebuah restoran di Bukit Beruang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 383 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Irfan Ahmed didakwa memiliki sebuah peranti storan media (pendrive) berjenama Kingston dan sebuah telefon bimbit mengandungi filem lucah.

Sementara pertuduhan keempat, tertuduh didapati berada dalam kawalannya sebuah komputer riba jenama Dell mengandungi filem lucah.

Tiga kesalahan itu didakwa dilakukan dua lokasi berbeza di sebuah kawasan stesen minyak di Jalan Panglima Awang dan di sebuah hotel di Taman Kota Laksamana antara pukul 6.45 petang dan 7.30 malam, 30 November lalu.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM13,000 oleh dua warga tempatan dan menetapkan 7 Januari depan bagi tarikh sebutan semula kes.sumber-http://pilihan-anda.blogspot.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *