Home > Berita > Ikan keli Albino terbesar,rekod tercipta!!..

Ikan keli Albino terbesar,rekod tercipta!!..

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

TAOTAUAJER – Di London , Ikan gergasi albino ini tertangkap dan membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru.
Chris Grimmer (kiri) bersama dua rakannya menunjukkan ikan keli albino yang ditangkapnya.
Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino paling besar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.
Ikan sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.
Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keli berkenaan selepas ia memakan umpannya.
Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.
Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.
Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.
Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.
Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005. – DM
#-korang rasa cukup tak bekalan untuk sepanjang bulan ramadhan ni?…hehe..

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

4 comments

  1. eh2,pic kite sama la,haha;)

  2. Salam Jo…

    Mak aih.. Biar betul… Warna kuning pulak tu.. Ni ikan 'bersih' ke apa? Hehe!~

  3. sis nad ikan ni bleh mkan tau so mesti r bersih..haha…

  4. ::ini belog saya . cinta hati saya::

    pehh besar tu . lebih dari cukup untuk sebulan . heee

    🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *