Home > Berita > Ini Respon Dato Lee Chong Wei Tentang Aset RM300 Juta

Ini Respon Dato Lee Chong Wei Tentang Aset RM300 Juta

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Ini Respon Dato Lee Chong Wei Tentang Aset RM300 Juta

chongg

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikatakan memiliki aset mencecah AS$75 juta (RM300 juta) seperti yang didakwa sebuah portal thecelebritiesnetworth.com.

Menurut laporan itu, antara punca pendapatan Lee Chong Wei ialah dari syarikat pembinaan miliknya, hadiah kemenangan kejuaraan badminton dan menjadi duta kepada beberapa produk.

Ramai tertanya-tanya betulkah Lee Chong Wei mempunyai aset seperti itu. Akhirnya Lee Chong Wei tampil membuat kenyataan:

“Jika saya ada RM300 juta saya akan berhenti bermain badminton. Saya fikir tidak perlu bekerja hanya duduk sahaja di rumah,”

“Saya tak fikir atlet Malaysia boleh dapat banyak sehingga RM300 juta… nak dapat RM10 juta atau sejuta pun amat sukar kerana sukan ini (badminton) berbeza dengan bola sepak, golf dan tenis di negara lain,”

“Saya tak boleh halang sesiapa untuk bercakap mengenai apa sahaja. Saya kenal diri saya dan semua orang tahu atlet Malaysia boleh pergi sejauh mana,”

Lee Chong Wei yang merupakan duta XOX Mobile menerima ganjaran sebanyak RM60,000 daripada syarikat telekomunikasi tempatan itu di atas pencapaiannya meraih pingat perak dalam aksi final perseorangan badminton di Olimpik, Rio 2016.

Malah, beliau turut menerima ganjaran sagu hati sebanyak RM50,000 kerana prestasi cemerlangnya dalam membawa jenama syarikat telekomunikasi itu.

Turut menerima ganjaran itu adalah atlet terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) Chan Peng Soon- Goh Liu Ying (beregu campuran) masing-masing menerima ganjaran sebanyak RM60,000 dan Azizulhasni Awang (basikal) RM25,000. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *