Home > Berita > Inspektor Lamar Kekasih Di Hari Graduasi Polis

Inspektor Lamar Kekasih Di Hari Graduasi Polis

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEORANG pelatih polis, Lim Choong Wei, 25, memanfaatkan hari graduasi polisnya dengan melamar kekasih di hadapan ahli keluarga, rakan-rakan serta orang awam.

Lim melamar teman wanitanya, Liew Wei Li, 25, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur sebaik menamatkan kursus kepolisan sembilan bulan yang dilaluinya di sini.

Memakai uniform polis berwarna putih, Lim melutut dan melamar Liew dengan sebentuk cincin bersama belon bertulis Marry Me.

Liew bersetuju dengan lamaran tersebut.

“Hari ini adalah hari yang amat istimewa buat saya (tamat latihan polis). Jadi saya mahu menjadikannya lebih bermakna dengan melamar teman wanita. Syukur, dia bersetuju berkahwin dengan saya.

“Dia adalah sumber kekuatan saya. Liew sentiasa memberikan kata-kata semangat sepanjang saya terlibat dalam kursus ini dan saya akan sentiasa menyayanginya,” kata Lim yang merupakan anak jati Kedah.

Kedua-dua mereka bertemu ketika melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia.

Lim menamatkan kursus polis sebagai inspektor dan menyimpan cita-cita bergelar pegawai Jabatan Jenayah Komersil. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *