Home > Berita > Instagram Kena Hack, Emma Maembong Hilang 3 Juta Followers

Instagram Kena Hack, Emma Maembong Hilang 3 Juta Followers

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

LAMAN sosial selebriti dan instafamous digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Gambar-Emma-Maembong-Pesona

instagram emma

Terbaharu, menimpa kepada pelakon jelita Emma Maembong yang kehilangan lebih tiga juta pengikut dalam Instagram apabila akaun laman sosialnya itu digodam, tiga hari lalu.

Akibat kejadian itu, Emma terpaksa membuka akaun Instagram baharu dengan menggunakan nama @emma_maembong official.

Mengulas hal itu, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, memberitahu dia sebenarnya kesal apabila akaun Instagram yang menjadi tempat menyimpat memori hilang begitu sahaja.

“Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali.

“Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini. Namun, saya reda dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu.

“Bukan itu saja, ada yang ambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Emma kini sedang menjalani penggambaran filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *