Home > Berita > Interpol Batalkan Notis Merah Bukti Dr. Zakir Naik Bukanlah Satu Ancaman

Interpol Batalkan Notis Merah Bukti Dr. Zakir Naik Bukanlah Satu Ancaman

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Dr Zakir Naik terbukti bukan ancaman kepada keselamatan selepas bertindak Interpol membatalkan pemohonan notis merah dikemukakan New Delhi, semalam.

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, pihaknya bersyukur apabila Zakir yang juga pengasas Yayasan Penyelidikan Islam dan Harmony Media Limited, sudah dibebaskan daripada tuduhan melakukan kegiatan keganasan seperti didakwa kerajaan India.

“PERKASA bersyukur Interpol membatalkan notis merah Zakir dan mengarahkan semua pihak memadamkan semua data berkaitan dakwaan palsu terhadap beliau,” katanya.

Menurutnya, notis merah ialah permintaan sebuah negara untuk menjejak dan menangkap individu untuk diekstradisi, yang dikeluarkan Interpol berdasarkan permintaan negara atau tribunal antarabangsa.

Namun begitu, notis merah bukan waran tangkap antarabangsa. Jika pihak Interpol menyebarkan Notis Merah, individu yang dinamakan itu hanya disyaki terlibat jenayah tetapi masih belum dihukum dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah.

Jelasnya, Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA), India menfailkan senarai tuduhan terhadap Zakir bahawa beliau didakwa mempengaruhi belia melakukan keganasan dan ucapan berbaur kebencian, Oktober lalu.

Disamping itu, tindakan Interpol boleh membersihkan nama Zakir daripada sebarang tuduhan melulu, prasangka, prejudis dan fitnah.

Tambahnya, keputusan Interpol itu membuka mata segelintir pihak untuk menjernihkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Ibrahim berkata, Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF), P Waytha Moorthy serta 18 yang lain patut menarik balik serta mengugurkan tuntutan mahkamahnya.

Sumber – Berita Harian

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *