Home > Berita > IPHONE 6 BAKAL HADIR DENGAN PENGESAN SUHU,TEKANAN DAN KELEMBAPAN

IPHONE 6 BAKAL HADIR DENGAN PENGESAN SUHU,TEKANAN DAN KELEMBAPAN

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

IPHONE 6 BAKAL HADIR DENGAN PENGESAN SUHU,TEKANAN DAN KELEMBAPAN-Nampaknya hari demi hari semakin banyak maklumat mengenai iPhone 6 diketahui dan terkini, beberapa laporan mengenai fungsi terbaru iPhone generasi baru ini tertiris ke arena web.
iphone 6
Menurut maklumat yang didedahkan, iPhone 6 kelak bakal membawakan tiga pengesan secara terbina iaitu pengesan suhu, tekanan, dan kelembapan (humidity) bagi membolehkan bacaan ketiga-tiga elemen ini diambil dengan lebih tepat apabila pengguna berada di sesuatu kawasan.

Turut tidak ketinggalan beberapa maklumat yang tertiris sebelum ini juga melaporkan iPhone 6 bakal hadir dengan skrin yang lebih besar iaitu sebesar 4.7-inci selain dikatakan Apple bakal menyertakan skrin Ultra Retina padanya.

Beberapa laporan lain turut memaklumkan yang mana Apple bakal meneruskan penggunaan kamera 8-megapiksel dengan mendatangkan sensor yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya selain memperkenalkan beberapa fungsi baru yang bakal disertakan bersama-sama sistem operasi iOS 7.

iPhone 6 dijangka bakal diperlihatkan kepada umum pada September tahun ini dan bakal hadir untuk pasaran tempatan menjelang November-Disember kelak.

Spesifikasi ringkas iphone 6:
iOS v7
4.80 Inch, 1080×1920 px display, IPS LCD
Quad core
13 MP Primary Camera, 1.20 MP Secondary
3G, WiFi, NFC
16 GB Internal Memory

Spesifikasi penuh boleh lihat disini:http://www.91mobiles.com/apple-iphone-6-price-in-india

sumber-http://amanz.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *