Home > Berita > iPHONE 6 MUDAH BENGKOK!

iPHONE 6 MUDAH BENGKOK!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

iPHONE 6 MUDAH BENGKOK!-Baru beberapa hari iphone 6 dikeluarkan,beberapa penggunanya telah merunggut dimana iphone 6 mereka mudah bengkok bila diletakkan di dalam poket.

Menurut macrumos,iphone 6 plus yang dimiliki beberapa pengguna telah bengkok selepas diletakkan di dalam poket mereka.

Salah seorang daripada pengguna iphone 6 itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.

iphone 6 review malaysia

“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.

“Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam. Saya kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

“Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.

Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok.

Tonton video di bawah ini.untuk membuktikan atau anda beli sendiri dan buktikan.. :).. apa pula kata anda,jika anda peminat tegar iphone 6?..

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *