Home > Berita > Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, didakwa membeli sebuah istana di Perancis, Chateau Louis XIV yang digambarkan sebagai istana termahal di dunia.

Menurut sumber, pembelian aset di barat Paris itu yang bernilai AS$300 juta (RM1.2 bilion) adalah pembelian mewah milik putera berkenaan.

Pada mulanya, tiada pengesahan bahawa putera itu pemilik istana berkenaan, di samping keengganan pegawai pegawai saudi memberi komen mengenai laporan tersebut selepas laman web penyiasatan Perancis, Mediapart melaporkan dakwaan yang sama Julai lalu.

Namun bagaimanapun, penasihat keluarga diraja itu mengesahkan Mohammed sebagai pemiliknya

Berdasarkan majalah Fortune pada 2015, istana tersebut mempunyai air pancut yang dikawal oleh iPhone dan ia merupakan istana termahal di dunia.

Jika dilihat dari bahagian luar, istana itu kelihatan seperti istana pada abad ke-17 yang terletak di Versailles, tetapi binaannya telah dilakukan pengubahsuaian oleh pemaju Saudi.

Pembinaan yang antik mampu menyembunyikan fasiliti moden di dalamnya. Istana tersebut juga memiliki pawagam, kolam renang mewah dan parit dengan ruang air bawah tanah yang telus supaya para pengunjung dapat menikmati pemandangan kolam ikan koi.

Binaan seluas 57 ekar itu meliputi taman yang dijaga rapi, air pancut besar dan ruang maze, sementara dalamannya dihiasi dengan warna keemasan dan silingnya dihiasi dengan lukisan fresco.

Sementara itu, terdapat maklumat bahawa Mohammed akan menaiki takhta Arab Saudi untuk menggantikan bapanya, Salman Abdul Aziz.

Sejak akhir-akhir ini juga, beliau berusaha menguatkan pengaruhnya dengan mengarahkan penangkapan besar-besaran beberapa tokoh perniagaan dan kerabat diraja yang terlibat dengan rasuah.

Beliau turut mengumumkan pelan pembangunan Wawasan 2030 pada tahun lepas, dalam usaha menampilkan dirinya sebagai reformis yang bakal membawa kemudahan, termasuk memperkenalkan dasar Islam yang “lebih sederhana”.

Sumber – Telegraph

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *