Home > Berita > ISTERI SHAMSUBAHRIN MILIKI 6 KERETA,ELAUN BULANAN RM10-15 RIBU!

ISTERI SHAMSUBAHRIN MILIKI 6 KERETA,ELAUN BULANAN RM10-15 RIBU!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

ISTERI SHAMSUBAHRIN MILIKI 6 KERETA,ELAUN BULANAN RM10-15 RIBU! | KUALA LUMPUR – Isteri kepada ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau memiliki enam buah kereta termasuk tiga buah kereta baharu yang didaftarkan atas namanya.

Suzana Abdul Aziz, 45, berkata beliau memiliki tiga buah kereta iaitu Perodua Kenari, Naza dan Mercedes yang dibeli sebelum Disember 2011 dan tiga buah kereta lagi dibeli selepas tarikh tersebut.

Beliau berkata suaminya mempunyai dua buah kereta moshamsubahrindel sama, iaitu Suzuki Swift.

Menurutnya, beliau menerima elaun bulanan antara RM10,000 dan RM15,000 selaku pengarah syarikat Awana Travel dan Tours (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa, semasa perbicaraan kes Shamsubahrin.

Bagaimanapun, Suzana bersetuju dengan soalan Abdul Razak bahawa beliau tidak memerlukan tiga kereta baharu tersebut memandangkan beliau hanya seorang suri
rumah sepenuh masa.

Shamsubahrin menghadapi 17 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram membabitkan wang sejumlah RM1.755 juta dan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Dia, yang diwakili peguam Afifuddin Hafifi, turut berdepan lima pertuduhan menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad
Salleh Ismail sebanyak RM1.75 juta.

Ketika menjawab soalan Abdul Razak, Suzana memberitahu suaminya telah memasukkan wang sejumlah RM500,000 ke dalam akaunnya sebanyak tiga kali antara bulan November dan Disember 2011.

“Suami saya telah memasukkan RM50,000, RM200,000 dan RM250,000 melalui tiga keping cek pada 25 Nov, 6 Dis dan 9 Dis,”katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya mengetahui mengenai kemasukan wang tersebut selepas diberitahu oleh suaminya tetapi tidak mengetahui secara terperinci mengenai wang tersebut kerana suaminya sangat sibuk dan tidak ada masa untuk bercakap mengenai perkara itu.

Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan, Suzana mengakui bahawa beliau telah melakukan transaksi pengeluaran wang sebanyak 40 kali bermula 25 Nov
hingga 6 Dis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozilah Salleh bersambung 5 dan 6 Feb depan.sumber-http://www.sinarharian.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *