Home > Berita > Isteri tinggalkan suami diberi hadiah RM30,572

Isteri tinggalkan suami diberi hadiah RM30,572

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

NEW DELHI, India – Seorang wanita, Anita Narre menerima sekeping cek bernilai AS$10,000 (RM30,572) kerana keberaniannya meninggalkan suaminya selepas mendapati rumah keluarga lelaki itu tiada kemudahan tandas.
Cek tersebut merupakan sumbangan sebuah pertubuhan amal antarabangsa itu disampaikan oleh Menteri Kesatuan Untuk Pembangunan Luar Bandar, Panchayati Raj Jairam Ramesh pada satu majlis di sini semalam.
Anita meninggalkan rumah mertuanya selepas beberapa hari dia mendirikan rumah tangga di sebuah kampung di wilayah Madhya Pradesh.
Dia mengahwini suaminya, Shivram Narre pada 13 Mei 2011
Anita, 23, meninggalkan suaminya kerana dia enggan membuang air besar di tempat terbuka seperti yang biasa dilakukan oleh penduduk di kawasan pedalaman India.
Dia hanya pulang ke pangkuan suaminya selepas keluarga mertuanya membina sebuah tandas di rumah mereka.
Tindakannya itu telah mendorong kaum wanita di kampung berkenaan mendesak suami mereka supaya menyediakan kemudahan tandas di rumah masing-masing.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *