Home > Berita > JADI MANGSA EJEKAN. RAJA AFIQ NEKAD KURUSKAN BADAN ,

JADI MANGSA EJEKAN. RAJA AFIQ NEKAD KURUSKAN BADAN ,

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KUALA LUMPUR: Puas menjadi mangsa ejekan sejak kecil akibat berbadan gempal, bakat baharu, Raja Afiq nekad menurunkan berat sebanyak 54 kilogram (kg). 

Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg. 



Menerusi amalan gaya hidup sihat, diet dan kegigihan ke gimnasium, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali berbangga dengan berat badan ideal 74kg sekarang. 

Katanya, selain enggan lagi menjadi bahan ejekan, keinginan untuk menyertai dunia seni turut mendorongnya berusaha keras menurunkan berat badan, apatah lagi dirinya percaya pakej menarik antara tiket utama untuk berada dalam bidang berkenaan. 

“Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang. Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein.

 “Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada di antara mereka yang pernah mengejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal,” katanya yang turut dilantik sebagai duta Syukur Selalu di samping Fasha Sandha, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Uqasha Senrose. 

Raja Afiq memberitahu, beliau mula menyertai dunia lakonan pada 2014, namun hanya semakin serius sejak beberapa bulan lalu. Demi meneruskan kerjaya sebagai anak seni, dia turut nekad meninggalkan profesion sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium di Sungai Besi. 

“Saya anggap platform menyertai DFKL inisiatif TV3 dan TV9 sebagai ruang terbaik untuk mengembangkan bakat seni. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat hasil perjalanan seni saya. Apa yang pasti, saya melakukannya dengan sepenuh hati. Pada masa sama, walau sebanyak mana dugaan yang perlu ditempuh, semangat saya takkan sesekali luntur,” katanya. 

Afiq berkata, dia bermula dengan menjayakan beberapa telefilem dan drama, memainkan watak sampingan. “Alhamdulillah, kini saya sedang melunaskan penggambaran drama Sayangku Kapten Mukhriz dan ia buat julung kali menyaksikan saya menjadi teraju utama di samping Niena Baharun,” katanya. 

Mengenai pelantikannya sebagai duta Syukur Selalu, Raja Afiq melihat mandat itu sebagai ruang untuk terus memperkenalkan namanya di arena seni.

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *