Home > Berita > Jamal Nafi Kenyataan ‘Parang Terbang 13 Mei’ Adalah Dari Facebook Aslinya

Jamal Nafi Kenyataan ‘Parang Terbang 13 Mei’ Adalah Dari Facebook Aslinya

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.



Kuala Lumpur, 9 Okt – Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos hari ini menafikan dia pernah mengeluarkan kenyataan ‘Parang Terbang 13 Mei’ yang viral di media sosial baru-baru ini.

Penafian itu hadir selepas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan itu.

Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dgn segera.”, tulis KPN di akaun Twitternya.

Kenyataan ‘parang terbang’ itu dikeluarkan pada 21 September lepas oleh satu akaun Facebook yang menggunakan kata nama @DatokJamalYunos.

Namun, beberapa jam selepas arahan oleh KPN dikeluarkan, Jamal tampil di Facebooknya dengan berkata akaun yang mengeluarkan kenyataan ‘Parang Terbang’ itu bukan dari akaun Facebooknya dan merupakan akaun palsu.

Disamping itu, beliau juga turut menyertakan gambar yang membezakan antara akaun palsu dan akaun asalnya.

Tinjauan Siakap Keli juga mendapati akaun @DatokJamalYunos telah pun dipadam beberapa minit selepas artikel ini ditulis.

Dalam pada itu, NST melaporkan Jamal yang mengulas perkara itu berkata kenyataan itu dimuat naik oleh akaun palsu yang menggunakan namanya.

Posting yang dinyatakan oleh KPN itu adalah dari akaun Facebook palsu yang menggunakan nama saya.

KPN telah mengambil posting dari akaun Facebook palsu itu dan memuatnya naik di laman Twitter. Saya tak punya akaun Twitter, ia sudah lama tidak aktif“, kata Jamal.

Sumber : NST

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *