Home > Berita > Janna Luah Di Twitter, Dah Letih Nak ‘Gaduh’ Dengan Ruhainies

Janna Luah Di Twitter, Dah Letih Nak ‘Gaduh’ Dengan Ruhainies

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEBELUM ini, terdapat dakwaan mengatakan pelakon tinggi lampai Janna Nick sudah pandai berlagak diva dan bertindak menghasut Micheal Ang untuk menukar Ruhainies yang sepatutnya menjadi peneraju utama dalam filem terbaharunya bertajuk Kimchi Untuk Awak.

Walau bagaimanapun, Janna Nick Tampil menafikan perkara tersebut dan mengakui ada pihak yang cuba memburukkan nama dan imejnya dalam dunia hiburan.

Susulan itu, Ruhainies mengakui tidak mahu membesarkan perselisihan faham yang berlaku antara dia dan Janna kerana kehadirannya dalam dunia hiburan adalah untuk bekerja.

“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa dalam industri kerana saya di sini mahu mencari rezeki,” demikian menurutnya.

Tambah Ruhainies, dia tidak mahu pergaduhannya dengan Janna jadi lebih teruk kerana yakin satu hari nanti akan digandingkan bersama Janna di bawah satu produksi yang sama.

Selain itu, Ruhainies memberitahu akan mendedahkan mesej peribadi yang dihantar oleh Janna kepadanya bila tiba masa yang sesuai.

Melihat kepada tindakan Ruhainies yang memberi hint akan mendedahkan mesej yang dihantar oleh Janna kepadanya, Janna telah meluahkan perasaan di akaun twitter dengan menyatakan dia tidak berminat untuk terjebak dalam pergaduhan tersebut kerana sudah letih.

Nampak macam Janna sudah takut kantoi kerana Ruhainies ada bukti terhadap apa yang didakwanya.

Tweet yang ditulis oleh Janna itu bagaimanapun mendapat perhatian dari pengikutnya di twitter dan rata-rata memberikan sokongan kepada artis kesayangan mereka itu.

Bagaimanapun, rasanya baik Ruhainies mahupun Janna nampak je cam ‘acah-acah’ tak nak panjangkan isu tapi kesudahannya ada sahaja komen atau kenyataan dikeluarkan sekaligus tak membantu meredakan isu antara kedua mereka, betul tak? – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *