Home > Berita > JESSICA,JUSTIN BERENANG TANPA SEURAT BENANG

JESSICA,JUSTIN BERENANG TANPA SEURAT BENANG

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

JESSICA,JUSTIN BERENANG TANPA SEURAT BENANG | AKTRES terkenal, Jessica Biel mendedahkan perkara yang paling menarik sejak dia bergelar isteri kepada penyanyi dan pelakon Justin Timberlake adalah berenang tanpa seurat benang bersama suaminya.

Menurut bintang filem Playing For Keeps yang berkahwin pada Oktober lalu, dia cukup bahagia apabila kini boleh berkongsi apa sahaja dengan lelaki yang dicintainya itu.

“Maksud saya, ada seseorang yang sentiasa membantu dan bersama saya dalam apa jua keadaan termasuk menghadapi cabaran bersama. Kami juga selalu melakukan banyak perkara gila dan unik bersama. Contohnya, selepas kami berkahwin, saya bebas berenang tanpa seurat benang bersamanya,” katanya.

Jessica yang berusia 30 tahun itu turut mendedahkan selain berbakat dalam bidang seni, suaminya itu juga berbakat dalam bidang masakan.

Katanya kepada majalah Elle: “Suami saya berasal dari selatan Amerika Syarikat dan pengaruh masakan diperoleh daripada neneknya. Dia pernah membakar pai tiga lapis yang berperisa blueberry, sangat sedap dan saya tidak percaya suami saya yang masak. Walaupun dia boleh memasak tetapi sangat jarang untuknya ke dapur.” kosmo.com.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *