Home > Berita > Jodoh Nelo Vingada Dengan Harimau Malaya Tak Panjang, Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta

Jodoh Nelo Vingada Dengan Harimau Malaya Tak Panjang, Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan Malaysia, Nelo Vingada sebentar tadi dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih skuada Harimau Malaya.

Keputusan Viganda atau dikenali sebagai ‘The Proffesor’ itu dibuat beliau sebagai tanggungjawab selepas mengalami beberapa siri kekalahan tanpa sebarang kemenangan dalam perlawanan semasa dibawah kendaliaannya. 

Kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu sekali gus menamatkan kontroversi kedudukan jurulatih itu dalam skuad kebangsaan.


“Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini,” katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa dua pembantu yang dibawanya bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut melepaskan jawatan mereka iaitu masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan.

“Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini.” tulis beliau.

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *