Home > Berita > Jual Pisang Je, Dapat Untung Sampai Beratus Ribu…

Jual Pisang Je, Dapat Untung Sampai Beratus Ribu…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEORANG lelaki di Texas berjaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan apabila dia menjual pisang-pisang yang telah dihias dengan pelbagai corak olehnya dengan harga $10 (RM39) sebiji.

Menurut sumber, Davonte Wilson yang berasal dari Plano Texas ini telah menubuhkan sebuah syarikat, Bananas Gone Wild dan dijangka akan meraih pendapatan melebihi $100,000 (RM390,000) setahun.

Wilson berkata dia merupakan juruteknik elektrokardiograf yang terkenal di antara kakitangan hospital tempatan yang lain kerana mempunyai kemahiran melukis corak muka di bahagian kulit pisang.

5a

5dp

5e

Tambah Wilson, walaupun terdapat rakannya yang mentertawakan hobinya, dia tetap mahu meneruskan impian untuk mendapat hasil yang lumayan dari menjual pisang dan membuktikan kepada rakannya bahawa bakatnya adalah sesuatu yang unik.

“Ada di antara kawan saya yang menggelakkan hobi saya, tetapi kini saya bertekad mahu menjana pendapatan yang lumayan hanya dengan menjual pisang”

“Sebiji pisang akan dijual dengan harga $10 (RM39) dan secara purata saya mampu menjana keuntungan melebihi $100,000 (RM390,000) setahun” kaanya.

Antara hiasan yang diletakkan di atas pisang bagi menambah tarikan pembeli termasuklah janggut palsu, cermin mata dan rambut palsu. -MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *