Home > Berita > JULIA PEREZ BERLAGAK DAN PERLEKEH DRAMA MALAYSIA!

JULIA PEREZ BERLAGAK DAN PERLEKEH DRAMA MALAYSIA!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

JULIA PEREZ BERLAGAK DAN PERLEKEH DRAMA MALAYSIA! | Kehadiran Julia Perez di Malaysia untuk menjalani foto seksi julia ferezpenggambaran bagi filem terbaru arahan Murali Abdullah bertajuk “Sumpahan Malam Pertama” menjadi satu isu panas apabila beliau telah memperlekehkan drama terbitan Malaysia menerusi akaun twitternya.

“Nunggu giliran take.. Sambil nonton sinetron Malaysia.. oh my GOD… Kita jauh lebih maju sekali…Bangga jadi orang Indonesia,” tulisnya seperti yang terlihat di laman Twitter.

Kenyataan berani Jupe yang sememangnya terkenal melakukan kontroversi murahan menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang menjadi marah dan meminta Zed Zaidi mengambil tindakan.

Zed Zaidi selaku presiden Seniman Malaysia berasa tercabar apabila Julia Perez atau nama panggilannya Jupe telah menghina hasil karya tempatan lantas membalas balik kenyataan yang dikeluarkan Jupe.

Beliau yang ternyata meragui kedatangan Jupe ke Malaysia berlandaskan prosedur yang betul memberitahu akan membuat semakan sendiri dengan pihak FINAS mengenai status sebenar Jupe yang datang bekerja di Malaysia.

Perbalahan tersebut berlaku hampir 48 jam sehinggalah pada petang tadi di mana Zed Zaidi mengesahkan bahawa Julia Perez sememangnya datang ke Malaysia tanpa memiliki permit yang sah yang ditulis di laman twitter beliau.”Sah Julia Perez Masuk Malaysia tanpa permit yang sah!” Katanya.

julia feres seksiZed Zaidi turut memberitahu bahawa pasukan khas FINAS yang hadir ke lokasi untuk membuat pemeriksaan mendapati Jupe telah pulang lebih awal ke Indonesia.

**Baca-‘PERANG’ZED ZAIDI-JULIA PEREZ,HIBURAN HINGGA POLITIK

Susulan daripada perbalahan itu, pihak wartawan telah meminta Murali Abdullah memberikan komen mengenai hal ini. Menurut Murali, beliau sendiri terkejut kerana tidak sangka Jupe akan seberani itu di dalam menyuarakan pendapatnya.

“Bagi saya, apa yang berlaku di luar penggambaran atau kerja saya bukanlah urusan saya. Malah pemilihannya juga adalah di atas permintaan produser filem ini iaitu Shankar. Saya tiada hak untuk berkata apa-apa,” jelasnya lagi

Sebelum ini, Jupe telah mencipta pelbagai kontroversi, khasnya yang berkaitan tatu nama Allah yang ada di belakang badannya dan kisah percintaannya bersama pemain bola sepak Indonesia, iaitu Gaston Castano.Sumber-http://my.entertainment.yahoo.com/

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

5 comments

  1. macam2 hal,, kalo xsuka,, xperlu wat statement,diam2 suda… kan da jadik kontroversi ,, hmm 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *