Home > Berita > JULIA PEREZ DICARI UNTUK DIPENJARA??

JULIA PEREZ DICARI UNTUK DIPENJARA??

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

julia perez bogelJULIA PEREZ DICARI UNTUK DIPENJARA??-JAKARTA – Artis seksi Indonesia Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, kini tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Penyanyi dangdut sekaligus pelakon penuh kontroversi itu, didapati gagal memenuhi panggilan pejabat pendakwa raya itu pada 14 dan 25 Februari lepas.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya.sumber-http://www.sinarharian.com.my

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *