Home > Berita > “Kami Ditahan Secara Tidak Sah, Tolong Bebaskan Kami Daripada Tahanan Israel”- Dr Fauziah

“Kami Ditahan Secara Tidak Sah, Tolong Bebaskan Kami Daripada Tahanan Israel”- Dr Fauziah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

“Kami Ditahan Secara Tidak Sah, Tolong Bebaskan Kami Daripada Tahanan Israel”- Dr Fauziah

fau

Sebuah kapal misi kemanusiaan Zaytouna-Oliva ‘Women’s Boat to Gaza’ (WBG) telah ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

Kapal ini membawa 13 aktivis kemanusiaan wanita dari pelbagai negara.

Salah seorang daripada 13 orang aktivis yang ditahan itu adalah rakyat Malaysia iaitu Dr Fauziah Mohd Hasan.

Krew kapal dan para aktivis ditahan kira-kira jam 9 malam semalam waktu Malaysia.

Satu video yang dimuatnaik oleh “Freedom Flotilla Coalition” yang memaparkan Dr Fauziah memberi mesej.

Dr Fuziah telah menggesa  pemimpin dunia, kerajaan, rakyat Malaysia supaya melakukan sesuatu untuk membebaskan mereka ini yang ditahan secara tidak sah oleh Israel.

Selain Dr Fauziah, kesemua 13 aktivis lain turut merakam video sepertinya.

Antaranya ialah pemenang Hadiah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan Ahli Parlimen dari New Zealand, Marama Davidson.

Yang lain ialah, Naomi Wallace yang merupakan seorang pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat,  Gerd Von Der Lippe yang merupakan atlet dan ahli akademik dari Norway, serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topçuoglo.

Tujuan video berkenaan adalah untuk menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa memberi tekanan kepada Israel untuk membebaskan mereka.

Mereka yang berlepas dari Barcelona 21 hari lalu merupakan wanita dari pelbagai latar belakang daripada 12 negara dengan membawa misi pelayaran kemanusiaan dan mesej keamanan sebagai simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *