Home > Berita > KAMI TAK KAHWIN BULAN JULAI,ROZITA CHE WAN TIPU-ZAIN SAIDIN!

KAMI TAK KAHWIN BULAN JULAI,ROZITA CHE WAN TIPU-ZAIN SAIDIN!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KAMI TAK KAHWIN BULAN JULAI,ROZITA CHE WAN TIPU-ZAIN SAIDIN!-Terkejut dengan rozita-che-wan-dan-zain-saidinberita yang disiarkan semalam yang mengatakan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal berkahwin pada Julai depan, pelakon Zain Saidin tampil menafikan yang mereka akan berkahwin pada Julai nanti.

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. Insya Allah, seperti yang dirancang, kami akan bernikah pada hujung tahun ini,” katanya kepada Media Hiburan.

Zain, 29, berkata, dia sendiri terkejut apabila kekasihnya, Rozita Che Wan, 42, menyatakan tarikh perkahwinan mereka pada bulan Julai.

Sementara itu, Zain memberitahu bahawa mereka akan mula membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

BACA: Rozita Che Wan sah bahawa beliau bakal kahwin bulan Julai

“Buat masa sekarang, belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja,” jelasnya yang turut memberitahu dia masih lagi menjalani kursus perkahwinan.sumber-http://my.entertainment.yahoo.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *