Home > Berita > Kanak-Kanak 12 Tahun Bertunang Dengan Dengan Sepupu 11 Tahun, Cetus Kontroversi

Kanak-Kanak 12 Tahun Bertunang Dengan Dengan Sepupu 11 Tahun, Cetus Kontroversi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KAHERAH: Tindakan seorang bapa yang membenarkan majlis pertunangan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun berlangsung mengundang kemarahan dalam kalangan aktivis di Mesir.

Kanak-kanak tersebut, Graham bertunang dengan sepupunya yang berusia 12 tahun, Omar dalam majlis yang meriah.

Keputusan bapa Omar, Nasser Hassan yang mengumumkan pertunangan itu disifatkan sebagai melanggar undang-undang Mesir yang melarang perkahwinan di bawah umur 18 tahun.

Namun Naser berkata kepada akhbar Al-Watan bahawa tindakannya itu tidak salah kerana pasangan itu hanya melangsungkan majlis pertunangan dan bukan perkahwinan.

Bagaimanapun Pengarah Pusat Bantuan Perundangan dan Kaunseling Wanita, Reda Eldanbouki melaporkan kejadian itu kepada agensi kerajaan, Pusat Kebangsaan Ibu dan Anak.

Beliau turut memfailkan aduan kepada peguam negara bagi menyiasat insiden tersebut dan menahan ibu bapa kedua-dua kanak-kanak terbabit kerana melakukan kesalahan itu.

Tindakan sedemikian akan menggalakkan perkahwinan di awal usia, sekali gus menghalang kanak-kanak perempuan berkenaan untuk mendapat peluang yang adil dalam pendidikan dan terasing daripada lingkungan rakan sosial sebayanya,” katanya.

Tetapi bapa Omar menolak kritikan tersebut dengan berkata dia merupakan lelaki bebas dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Omar mencintai Gharam dan mahu menikahi sepupunya itu apabila mereka sudah dewasa sebelum orang lain mengambil peluang tersebut.

Mereka hanya akan melangsungkan perkahwinan apabila mencapai usia yang dibenarkan mengikut undang-undang,” katanya.

Sumber: mStar Online

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *