Home > Berita > Kebakaran HSA: Sultan Johor Utus Ucapan Takziah

Kebakaran HSA: Sultan Johor Utus Ucapan Takziah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Johor, 25 Okt – Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah yang mengorbankan enam nyawa pagi tadi.

Ucapan itu diutuskan oleh Baginda menerusi Facebooknya.

Semoga Allah SWT memberikan anda kekuatan serta kesabaran untuk mengharungi masa yang mencabar serta menyayat hati ini.

Saya juga berdoa agar mereka yang tercedera supaya cepat pulih.

Izinkan saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan hospital, anggota Bomba dan Penyelamat, polis, serta agensi lain terbabit, yang bertungkus-lumus memadamkan api, menyelamatkan serta memindahkan pesakit. Semoga Allah memberkati anda semua,” titah Baginda.

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *