Home > Berita > KEISTIMEWAAN KUNYIT DALAM MENCEGAH PENYAKIT

KEISTIMEWAAN KUNYIT DALAM MENCEGAH PENYAKIT

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

kebaikan kunyit

KEISTIMEWAAN KUNYIT DALAM MENCEGAH PENYAKIT | Kunyit sememangnya diketahui ramai boleh mencegah dari pelbagai penyakit. Kebiasaannya kunyit selalu digunakan dalam masakan ataupun perawatan tradisional.

Terdapat setengah masyarakat menggunakan air perahan kunyit dan madu lebah serta minyak lenga untuk merawat penyakit bengkak hati. Selain itu, kunyit yang dicampur dengan  ramuan lain juga mampu merawat pelbagai penyakit seperti bengkak gusi, sakit dada atau perut, senggugut dan untuk melancarkan peredaran darah.

Kunyit mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Warna kuning yang terdapat pada kunyit merupakan ekstrak pigmennya yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit Ia juga dikenali sebagai curcumin. Manfaatnya mampu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan dari serangan penyakit.

Kunyit juga dapat membantu merawat masalah kulit wajah.  Ia juga mampu mengecutkan jerawat.

Tip Untuk Menghindari Jerawat :

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran sebati, ratakan ke seluruh muka dan biarkan selama 15 -20 minit. Kemudian basuh muka sehingga bersih.

Sumber-  Majalah Nur Karangkraf

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *