Home > Berita > Kejam! Pengakuan Anggota Tentera Merogol 53 Gadis Termasuk Budak 5 Tahun!

Kejam! Pengakuan Anggota Tentera Merogol 53 Gadis Termasuk Budak 5 Tahun!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kejam! Pengakuan Anggota Tentera Mer0gol 53 Gadis Termasuk Budak 5 Tahun!-Goma: Seorang anggota tentera Congo mengaku merogol 53 wanita, termasuk kanak-kanak semuda lima tahun apabila dia dan anggota lain menyerbu sebuah bandar ketika perang saudara di negara itu.

Anggota tentera terbabit adalah antara mereka yang menyerang bandar Minova berhampiran Tasik Kivu di Republik Demokratik Congo dan menghabiskan masa dua hari merogol, menjarah dan membunuh sebelum pegawai mengambil alih keadaan.

Pengakuan mengejutkan itu dibuat ketika Setiausaha Luar Britain William Hague berikrar untuk membelanjakan RM50 juta bagi menangani keganasan dan ancaman terhadap wanita di zon perang, semalam. Dalam wawancara dengan akhbar The Guardian di tempat dia melakukan jenayah itu, anggota tentera berusia 22 tahun terbabit menceritakan bagaimana dia dan lebih 40 anggota lain berbincang dan mengambil keputusan merogol 10 wanita setiap seorang.

“Saya merogol 53 wanita dan kanak-kanak berusia lima atau enam tahun,” kata anggota tentera itu.

Menurutnya, dia dan rakannya baru saja tewas dengan kumpulan pemberontak M23 berhampiran Goma sebelum kejadian.

Mereka bertindak demikian kerana malu, marah dan kerana inginkan keseronokan.sumber-http://www.hmetro.com.my

Carian ke artikel ini

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *