Home > Berita > KEJAM!BAYI BERUMUR 9 HARI DITEMUI DALAM KOTAK

KEJAM!BAYI BERUMUR 9 HARI DITEMUI DALAM KOTAK

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

mayat bayiKEJAM!BAYI BERUMUR 9 HARI DITEMUI DALAM KOTAK | Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kebajikan di Batu 3, Taman Mewah di Kapar, di sini awal hari ini. Turut diletakkan dalam kotak bersama bayi yang dipercayai berusia sembilan

hari itu ialah beberapa barangan antaranya susu, ubat, pakaian dan sekeping nota yang ditulis dengan tulisan Cina.Menurut sumber polis, bayi itu ditemui oleh seorang petugas wanita rumah kebajikan berkenaan yang tiba untuk memulakan tugasnya kira-kira pukul 4 pagi.

“Pada mulanya wanita berkenaan menyangka kotak itu mengandungi sampah namun ketika mahu alihkan kotak berkenaan dia terasa berat dan sebaik membukanya mendapati terdapat seorang bayi di dalamnya,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di rumah kebajikan itu, kelibat seorang wanita dilihat meninggalkan kotak itu di hadapan premis berkenaan.

Bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan bayi itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.Sumber-http://my.news.yahoo.com

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *