Home > Berita > Kenali 12 Zodiak Kalendar Kedah Tua, Lelaki Ini Kongsi Sejarah Ketamadunan Persekutuan Langkasuka

Kenali 12 Zodiak Kalendar Kedah Tua, Lelaki Ini Kongsi Sejarah Ketamadunan Persekutuan Langkasuka

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

12 Jan – Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Sai, Kalah Bar dan Kalagram.

Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudia dipindah ke Lembah Bujang.

Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti agama Hindu. Pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candiyang terletak di Lembah Bujang.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mohd Salleh Mazukhi, telah berkongsi satu sejarah berkaitan dengan Kalendar Kedah Tua ketika dibawah Perseketuan Langkasuka yang meliputi Segenting Kra.

Beliau yang berkongsi sejarah tanah melayu itu berdasarkan sumber rujukan yang telah beliau baca daripada buku Astronomi dan Alam Melayu dan buku Ilmu Falak Syarie.
Menurut beliau, Kerajaan Kedah Tua telah membentuk satu sistem kalendar yang dikenali sebagai Kalendar Kedah Tua. Kalendar ini berasaskan kepada 12 Zodiak yang muncul setiap bulan. Setiap zodiak pula mempunyai lambang sendiri yang mewakili setiap negara kota.

Berikut adalah sistem Kalendar Kedah Tua bersama 12 zodiak yang mewakili setiap bulan serta lambang yang mewakili setiap zodiak:

1.Bulan Sa (zodiak Kaus/sagitarius )
23 Nov -22 Dis mewakili  Saiburi
Lambang tikus.

2.Bulan Dua (Zodiak Jadyi/ jadi )
23 Dis -21 Januari , mewakili Patani
Lambang : Lembu


3.Bulan Tiga (Zodiak Dalu/ Aquarius)
22 Jan- 20 Feb , mewakili Kelantan ,
Lambang : Harimau

4.Bulan 4 (Zodiak Hut/Pisces)
21 Feb-21 Mac mewakili Pahang , 

Lambang:Arnab

5.Bulan Lima (zodiak Hamal/Aries)
22 Mac-21 April mewakili Kedah ,
Lambang Naga.

6.Bulan Enam (zodiak Thaur /Taurus)
22 April -22 Mei mewakili Phattalong),
Lambang : Ular

7.Bulan Tujuh (zodiak Jauza/ Gemini)
23 Mei-22 Jun) mewakili Trang , 

Lambang :Kuda

8.Bulan Laapan (zodiak Saratan/ Cancer)
23 Jun- 23 Julai mewakili Chumphon ,
Lambang : Kambing

9. Bulan Sembilan (zodiak Asad/ Leo)
24 Julai-23 Ogos mewakili Chaaiya ,
Lambang : Monyet


10.Bulan Sepuluh (zodiak Sumbulah/ Virgo)
24 Ogos-23 September mewakili Kanchanburi ,
Lambang : Ayam

11.Bulan Sebelas (zodiak Mizan /Libra )
24 September-23 Okt mewakili Takuba/ Phuket ,
Lambang : Anjing

12.Bulan Dua Belas (zodiak Akrab/ Scorpio)
24 Okt-23 Nov mewakili Ranong/Krabi ,
Lambang : Kura-Kura. (kemudian ditukar kepada lambang khinzir)

Mohd Salleh menambah lagi dalam penulisannya, setelah negeri-negeri Segenting Kra terpisah dari Kedah, ia masih diteruskan dan direkabentuk baru. Kalendar baru ini dikenali sebagai ‘Bulan Piama’.
Kalendar bulan piama ini direkabentuk untuk fungsi pertanian dan menangkap ikan.

Ia juga termasuk ramalan tentang kemungkinan banjir, musim tengkujuh, ribut, kemarau, hujan lebat, musim bunga, musim buah, musim menuai dan beberapa tabii alam sebagai panduan kepada orang ramai terutama kepada petani dan nelayan. – Siakapkeli.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *