Home > Berita > Kencing Di Atas Landasan, Kerana Takut Kereta Api Terlewat

Kencing Di Atas Landasan, Kerana Takut Kereta Api Terlewat

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Tokyo 18 Sept: Dikhuatiri tidak mahu perkhidmatan terlewat sekiranya pergi ke tandas, seorang pemandu kereta api Jepun, JR East dilihat kencing di landasan ketika sedang bertugas, akibat dari perbuatan pemandu tersebut, JR East membuat permohonan maaf semalam, tulis Harian Metro.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh, pemandu berusia 50-an pada Isnin lalu, ketika kereta apinya berhenti di stesen Sakura di Chiba, tenggara Tokyo.

Setibanya di stesen, dia membuka pintu kabin dan terus kencing di atas landasan sebelum kereta api itu bergerak semula.
JR East mengarahkan pemandu itu pergi ke tandas jika perlu, selepas menerima laporan berkenaan daripada beberapa saksi, tetapi tidak memberitahu tindakan yang diambil ke atas lelaki itu.

“Kami memohon maaf kerana menyebabkan pelanggan kami berasa jijik dan tidak selesa.

“Kami memandang kes ini dengan serius dan memberi arahan jelas kepada pemandu supaya kejadian serupa tidak berulang lagi,” kata syarikat itu.

Pada awal bulan September, insiden lain berlaku di mana, seorang pemandu kereta api laju dikecam selepas sekeping gambar yang menunjukkan dia meletakkan kaki di atas panel kawalan tersebar di Internet.

Syarikat Kereta Api Tengah Jepun berkata, pemandu berusia 29 tahun itu mengaku mengendalikan kereta api berkenaan dengan posisi seperti itu selama 10 saat.

Syarikat itu juga berjanji mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu berkenaan.

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *