Home > Berita > Kepala pejalan kaki pecah dirempuh

Kepala pejalan kaki pecah dirempuh

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

MELAKA TENGAH – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai dilanggar dua kereta di Jalan Tun Fatimah, kira-kira jam 11.40 malam, semalam.
Mangsa yang berjalan kaki di garisan berkembar di tengah-tengah jalan terbabit dilanggar sebuah kereta jenis Mazda, sebelum dirempuh pula oleh Perodua Viva.
Mangsa masih belum dikenali identitinya itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dengan tengkorak kepala pecah dan mata terkeluar.
Saksi, Azhar Ahmad, 31, berkata, ketika kejadian, dia memandu kereta bersama dua rakannya, dalam perjalanan ke Batu Berendam selepas menikmati makan malam di Malim.
“Bagaimanapun, tiba-tiba di tengah jalan ada seorang lelaki tidak berbaju dan bajunya diletakkan di bahu kanan, tetapi saya tidak pasti sama ada mangsa hendak melintas atau tidak.
“Keadaan jalan sangat gelap. Saya hanya sempat mengelak selepas terlalu hampir dengan mangsa. Terasa seperti tangan saya terkena mangsa, sama ada badan atau kepala.
“Kemudian, apabila rakan saya menoleh ke belakang, dia lihat mangsa dilanggar pula oleh pemandu Perodua Viva,” katanya.
Menurutnya, pemandu kereta terbabit tidak memberhentikan kenderaannya.
“Saya memang tergamam apabila melihat mangsa terbaring berlumuran darah dan dikerumuni orang ramai.
“Saya memang kesal dengan kejadian ini dan ia kali pertama berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *