Home > Berita > Kerana Cemburu, Tubuh Remaja Dikerat 10, Kepala Ditanam

Kerana Cemburu, Tubuh Remaja Dikerat 10, Kepala Ditanam

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kerana Cemburu, Tubuh Remaja Dikerat 10, Kepala Ditanam

bunuh

Satu jenayah kes bunuh yang mengejutkan telah berlaku di Tangkak, Johor.

Mayat remaja lelaki ditemui dikerat 10 dan dibungkus dalam 5 beg plastik dan disorok dalam saluran longkang di tepi parkir sebuah rumah di Kampung Kesang Laut.

Hasil siasatan awal menyatakan kejadian berpunca daripada kes cemburu.

Mangsa bunuh terbabit dikatakan bukan penduduk kampung berkenaan.

Pihak polis telah menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang oleh pemilik rumah yang menemui pergelangan kaki.

Kemudian, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi.

Ini kenyataan pihak polis:

“Hasil siasatan awal, kami menemui lima bungkusan plastik yang disumbat dalam dalam saluran longkang di tepi rumah berkenaan,” katanya.

“Kami percaya mangsa, seorang remaja lelaki dibunuh di tempat lain dan berdasarkan keadaan anggota badan, mungkin kejadian berlaku lebih tiga hari lalu,”

Menurutnya, polis yang menggeledah rumah dan kawasan sekitar kemudian menemui kepala mangsa yang ditanam berhampiran rumah itu.

Menurutnya, tidak sampai sejam selepas menerima laporan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *