Home > Berita > Kereta Hilang, Pengurusan Condo Macam Sampah – Che Ta

Kereta Hilang, Pengurusan Condo Macam Sampah – Che Ta

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kereta Hilang, Pengurusan Condo Macam Sampah – Che Ta

rrccww23

Pelakon Rozita Che Wan baru-baru ini telah kehilangan keretanya berjenama Toyota Vellfire. Rozita Che Wan yang popular dengan gelaran Che Ta meluahkan rasa terkilannya dan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan kondominium kediamannya.

Bagi Che Ta, pengurusan kondominiumnya itu ibarat seperti ‘sampah’. Ini jelas menunjukkan kekecewaan Che Ta.

Ditanya tentang perkembangan terbaru keretanya yang hilang itu, pihak polis masih menjalankan siasatan dan Che Ta tidak memberi harapan yang tinggi untuk menjumpai semula kereta tersebut.

Che Ta berkemungkinan akan membeli kereta baru untuk memudahkannya ke tempat kerja.

Ini komennya:

“Pengurusan kondominium di kediaman saya itu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti ‘sampah’. Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin,”

“Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis sahaja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula”

“Bukan sedikit duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta baru. Namun saya tetap kena beli kereta yang besar juga untuk kemudahan ke tempat kerja. Buat masa ini saya belum putuskan untuk membeli kereta jenama apa kerana keselamatan belum tentu terjamin kalau pakai kereta yang mahal sekalipun,”

Apapun semoga Che Ta tabah hadapi dugaan ini. – PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *