Home > Berita > KHASIAT PENGAMBILAN BUAH PRUNE

KHASIAT PENGAMBILAN BUAH PRUNE

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Foto - lawhyne.blogspot.com
Foto – lawhyne.blogspot.com

KHASIAT PENGAMBILAN BUAH PRUNE | Buah prune dikenali sebagai buah plum. Sebelum dikeringkan ia disebut plum dan apabila dikeringkan ia dipanggil buah prune.

Buah prune mempunyai biji keras di dalamnya. Nama saintifiknya ialah Prunus domestica.

Buah prune mempunyai kandungan zat fito yang sangat tinggi iaitu dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic.

Sebatian yang terdapat di dalamnya disebut sebagai phenol dan berfungsi sebagai antioksidan.

Berikut beberapa khasiat Buah Prune

  1. Mempunyai pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
  2. Sangat kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.
  3. Memiliki  agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh.
  4. Membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh.
  5. Buah prune boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.
  6. Membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.
  7. Vitamin C di dalam buah prune mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid.
  8. Buah prune juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.
  9. Ia juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.
  10. Kekerapan memakan buah prune boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah prune juga mengekalkan ketajaman penglihatan.
  11. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.

sumber-woman online magazine

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *