Home > Berita > Kita Kena Ada Income Sendiri, Jangan Tunjuk Kita Tak Boleh Hidup Tanpa Dia

Kita Kena Ada Income Sendiri, Jangan Tunjuk Kita Tak Boleh Hidup Tanpa Dia

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Berita mengenai poligami sememangnya mendapat perhatian daripada orang ramai. Terutama golongan wanita yang merasa isu seperti ini teramat sensitif di hati mereka. Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan si suami yang berkahwin lain.

Namun, disebalik kencaman yang hebat mengenai poligami itu, ada di antara mereka saling menasihati dan mengingati sebagai seorang wanita dan juga isteri.

Menurut perkongsian yang ditulis dalam ruangan status Facebook milik Anieyz Razami, seorang isteri perlu mempunyai wang sendiri dan tidak hanya bergantung kepada lelaki. Jadi buat wanita yang telah menjadi isteri, renungkan perkongsian ini.

Masa tengok video orang interview Intan, 1st thing dalam kepala masa intan cakap “saya redha, sebab saya sayangkan dia.”


1st thing yang mummy fikir kenapa nk depends 100% dekat lelaki. Rupanya Intan ini tak berkerje, fully houswife. Jadi memang dah tak boleh buat ape selain redha, dan terima walaupun hati sakit. Tapi yelah, berkat sabar dia mmg besar ganjaran pahala.


Tapi mummy tak sebaik Intan. InsyaAllah kalau Ude betol macam yang Intan cakapkan, bertanggungjawab dan mampu berlaku adil, Alhamdulillah la.


Tapi dekat sini mummy nak pesan jika berlaku sebaliknya. Bukan dekat Intan, kes dia dah tutup cerita sebab dia dah mention suami dia boleh berlaku adil. Ini untuk kami-kami, isteri-isteri.


Ladies, meh mummy nak pesan, walaupun baik, caring, bertanggungjawab macam mana pun suami kita, kita kena ade income sendiri! Jangan tunjuk yang kita tak boleh hidup tanpa dia! No! Tunjuk yang awak tak kesah pun kalau dia tak ada! Serious! Tak salah pun jadi suri rumah, mummy pun suri rumah sambil jaga anak 2 orang.


Mengikut pengalaman mummy sndiri. Dulu mummy jenis selamba pakai slipper jepun. Sebab fikir nak melawa dekat siapa, suami dah ade. Tapi sayang-sayang, orang lelaki ini walau dia kate “tak payah bergaya laaa isteri abang dah cantik.” Jangan percaya!


Mummy transform sejak situ jadi nak bergaya, jangan berhenti melawa untuk suami! Sebab hakikatnye lelaki ni suka tengok yang cantik-cantik. Bila isteri cari duit sendiri, bila kita ade income, orang lelaki ini sayang nak lepas kita, lagi-lagi kalau kita pandai jaga penampilan, pandai jaga luar dan dalam ! Dia orang tak boleh lepas weiii.


Jangan depends 100% kepada lelaki. Buat la keje kecik-kecik online ke, meh jadi dropship REBORN serum, agent ke, duit dapat, reward pun dapat! Tak payah tunggu suami bagi dah awak tunjuk dekat depa dulu!  Lama-lama awak dah ade income 4, 5 angka dia tak jadi nak kawin lain wei. Kalau dia nak kawin jugak hang cakap boleh hidup sendiri.


Mummy selalu pesan kat daddy, kalau dia nak kawin lain, lepas mummy, sebab mummy pun gian nak kawin baru jugak!


Sejak mummy kabo gini la dia tak boleh kalau pergi mana tak bagitahu dia. Bimbang! Apa-apa pun usaha kita jangan lupa doa dekat Allah supaya rumah tangga kita terjaga.

Sumber – Anieyz Razami

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *