Home > Berita > KJ Sanggup Jadi ‘Mat Bangla’ Kutip Sampah, Beri Mesej Pada Belia!

KJ Sanggup Jadi ‘Mat Bangla’ Kutip Sampah, Beri Mesej Pada Belia!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini memuat naik gambar di laman Facebook miliknya dengan memegang penyapu dan berdiri di disebelah lori pengasingan sisa pepejal.

KJ rupanya menjadi pekerja Alam Floa untuk memberi mesej penting kepada belia. Ini bukan profesion baru beliau. Ini sebenarnya tanggungjawabnya semua rakyat Malaysia.

KJ bakal tampil dalam satu filem pendek (5 minit), di mana dia melakonkan watak seorang ‘mat bangla’ dengan nama Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury. Memang respect habis!

kj

Filem pendek tersebut dibuat untuk beri kesedaran kepada rakyat terutama sekali para belia tentang pentingnya pengurusan sisa pepejal kitar semula dan menjaga alam sekitar.

13906825_1432929053390358_8651542584639616469_n (1)

Sementara itu, nitizen meluahkan rasa hormat dan memuji apa yang dilakukan oleh KJ, dimana belum pernah ada lagi Menteri yang sanggup lakukan sedemikian.

kjjUntitled

Apa-apa pun syabas buat KJ kerana sanggup turun padang dan merasai sendiri apa yang rakyat rasa selama ini.

Tindakan KJ ini sedikit sebanyak membuka mata para belia yang mungkin berminat untuk menceburi bidang pekerjaan tersebut tanpa perlu memilih memandangkan negara berada di ambang kemerosotan ekonomi.

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *