Home > Berita > KOS PENCARIAN MH370 CECAH RM320 JUTA! MALAYSIA BAKAL MUFLIS?

KOS PENCARIAN MH370 CECAH RM320 JUTA! MALAYSIA BAKAL MUFLIS?

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KOS PENCARIAN MH370 CECAH RM320 JUTA! MALAYSIA BAKAL MUFLIS?,mh370 dijumpai,dimana mh370,mh370 diculik,mh370 kena culik,lokasi mh370,tempat mh370 mendarat,punca mh370 hilang,sebab mh370 hilang,punca sebenar mh370 hilang,video pencarian mh370,-Misi pencarian pesawat MH370 bakal mencatat kos paling mahal dalam sejarah dunia penerbangan sementelah usaha mencarinya di Lautan Hindi masih belum menemui sebarang petunjuk.

lokasi mh370

Setakat ini, Australia yang mengetuai misi pencarian di kawasan yang disifatkan tidak diketahui manusia itu tidak meletakkan sebarang angka.

“Kalau pun kita menemui serpihan pada kedalaman 4.5 kilometer, tiada tentera di luar sana yang mempunyai kapasiti untuk melakukannya (operasi menyelamat),” kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pakar penerbangan di Frost & Sullivan Asia Pacific, Ravikumar Madavaram menyatakan Malaysia, Australia dan China merupakan penyumbang paling besar dan jumlah kos sehingga kini dianggarkan mencecah RM324 juta.

“Sukar untuk dinyatakan secara terperinci kos operasi ini tetapi ia sememangnya operasi terbesar dalam sejarah penerbangan. Secara tidak langsung, kosnya juga akan menjadi paling tinggi.

“Buat masa ini, persoalan mengenai kos mungkin dianggap ‘kurang sensitif’, namun selepas beberapa bulan, mungkin orang ramai akan mula mempersoalkannya,” jelasnya.

Pendapat Madavaram turut disokong dengan kenyataan penyelidik keselamatan pesawat Universiti Loughborough, Britain, David Gleave yang menyifatkan kosnya tetap akan mencecah ratusan juta ringgit jika pesawat itu dijumpai pada waktu yang terdekat ini.

Pentagon pada masa yang sama berkata, pada bulan pertama, Amerika Syarikat sudah membelanjakan hampir RM24 juta untuk mencari pesawat itu.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JCCC) berkata fokus utama mereka sehingga ke saat ini ialah untuk terus mencari pesawat MH370 itu berbanding membincangkan sebarang isu mengenai kos.

“Ini merupakan pencarian paling sukar dan akan mengambil masa. Angka sebenar masih belum dikira. Kos dikongsi bersama oleh rakan negara yang menyumbang bantuan dari segi pegawai, tentera dan aset awamnya,” kata jurucakapnya.sumber-mynewshub.my

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *