Home > Berita > Kurang Ajar !! Warga Nepal Dicekup Cuba Culik Bayi

Kurang Ajar !! Warga Nepal Dicekup Cuba Culik Bayi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kurang Ajar !! Warga Nepal Dicekup Cuba Culik Bayi

nepal

Satu kejadian cubaan kes culik telah berlaku di Nilai, Negeri Sembilan.

2 orang lelaki warga Nepal cuba menculik seorang bayi dan salah seorang dari suspek berjaya dicekup.

Kejadian berlaku di Taman Desa Cempaka 3, apabila beberapa penduduk berjaya menangkap lelaki warga asing ini yang cuba melarikan seorang bayi berusia dua bulan.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian 1 tengah hari, dua suspek itu menerjah masuk ke perkarangan rumah seorang penduduk.

Kata Polis lagi, sebaik pintu rumah dibuka wanita berusia 50-an, kedua-dua suspek telah meminta wanita itu menyerahkan cucu perempuan yang dalam jagaannya.

Ini komen Polis:

“Kerana tidak mengenali dua lelaki itu, wanita terbabit menutup pintu dan suspek cuba memecahkan pintu serta tingkap rumah.

“Wanita itu menjerit meminta tolong menyebabkan suspek cuba melarikan diri.

“Seorang daripada suspek berjaya dicekup penduduk taman perumahan, manakala seorang lagi melarikan diri dan masih diburu,”

Kini kes sedang disiasat dan dijalankan mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. Fuh memang menakutkan zaman sekarang ni. Harap semua berhati-hati. -PENMERAHDOTCOM

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *