Home > Berita > ”Lagak Seperti Pak Ustaz, Tetapi Rupanya Penyamun”, Wanita Kerugian Barang Kemas Akibat Jadi Mangsa Pukau

”Lagak Seperti Pak Ustaz, Tetapi Rupanya Penyamun”, Wanita Kerugian Barang Kemas Akibat Jadi Mangsa Pukau

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Tersebar baru-baru ini dua buah rakaman yang yang menunjukkan tindak tanduk dua orang lelaki yang didakwa sedang menjalankan aktiviti pukau terhadap wanita warga emas.

Berdasarkan rakaman-rakaman tersebut, imej lelaki tersebut yang kelihatan warak dan dibantu oleh dua orang lelaki lain (seorang pemabantu dalam setiap rakaman) sedang berbual-bual dengan mangsa sebelum meminta mangsa-mangsanya menyerahkan barang kemas kepadanya.

Gambar daripada rakaman pertama

Lelaki itu kemudiannya memasukkan barang kemas tersebut ke dalam sebuah sampul sebelum menyerahkan sampul yang lain pula kepada mangsa.

Video pertama yang dipercayai dirakam pada November 2017 dikatakan berlaku di kawasan Kamunting, Perak. Manakala video kedua dipercayai dirakam dalam kejadian yang lebih awal, di Batu Kurau, Perak pada Julai lalu.

Gambar daripada rakaman kedua

Walaupun aktiviti pukau ini kelihatan seperti tidak memberi terlalu banyak ancaman, tetapi tidak kepada mangsa. Mereka kerugian barang kemas yang nilainya boleh mencecah ribuan ringgit.

Justeru, jika benar seperti didakwa, mangsa yang terlibat perlulah membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan menangkap pelaku ini supaya aktiviti pukau seperti yang didakwa itu dapat dihentikan daripada terus menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Kepada orang ramai yang mengenali ketiga-tiga pelaku ini, anda diminta untuk segera melaporkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa agar mereka dapat ditahan untuk mencari cerita sebenar.

Sumber : Wat Kamal Abas

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *