Home > Berita > Lagi Kebakaran Berlaku Di Hospital Sultanah Aminah

Lagi Kebakaran Berlaku Di Hospital Sultanah Aminah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Lagi Kebakaran Berlaku Di Hospital Sultanah Aminah

kebakaran
Satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai di kawasan bilik pembedahan Hospital Sultanah Aminah (HSA), sebentar tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan itu di tingkat satu selain bau kesan terbakar.

Insiden tersebut melibatkan sebuah dewan bedah di tingkat satu bangunan induk hospital berkenaan menurut laporan BERNAMA.

Loceng penggera kecemasan berbunyi secara tiba-tiba dan beberapa saksi kejadian mendakwa ada melihat kepulan asap berbau hangit keluar daripada kawasan bilik pembedahan berkenaan.

Orang ramai termasuk staff dan pesakit telah dibawah keluar ke kawasan selamat.

Ketika ini, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi, bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian itu.

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *