Home > Berita > LAGI KES BUANG BAYI!

LAGI KES BUANG BAYI!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

ALOR SETAR 14 Nov. – Seorang pesara jururawat menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar di sini kira-kira 12 tengah hari ini.
Bekas jururawat yang enggan dikenali itu berkata, dia membawa bayi itu ke klinik kesihatan tersebut bagi mendapatkan rawatan sebelum menghubungi polis.
“Ketika saya jumpa bayi ini, dia diletakkan di dalam beg dan dibalut dengan menggunakan tuala lusuh berwarna coklat,” katanya ketika ditemui pemberita di klinik tersebut di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt Baharom Abu mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, bayi tersebut dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk rawatan lanjut dan bayi itu dipercayai dilahirkan empat jam sebelum dijumpai. SUMBER UTUSAN ONLINE

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *