Home > Berita > Lelaki ‘Batman’ bantu orang ramai

Lelaki ‘Batman’ bantu orang ramai

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

DUNAJSKA STREDA, Slovakia – Seorang lelaki yang memakai kostum mirip Batman disanjung sebagai wira kerana dia kerap membantu orang ramai.
Batman merupakan watak adiwira dalam siri komik di Amerika Syarikat dan filem keluaran Hollywood.
Lelaki itu, Zoltan Kohari tinggal di dalam sebuah bangunan terbiar di sini, 55 kilometer ke selatan bandar raya Bratislava.
Kohari yang berusia 26 tahun itu hidup bersendirian tanpa kemudahan asas seperti air, elektrik dan alat pemanas.
Dia yang hidup dalam kemiskinan akan memperoleh bekalan makanan dan minuman daripada orang ramai yang pernah dibantunya.
Walaupun belum pernah menentang penjahat, Kohari memberitahu, dia percaya pada keadilan dan berharap dapat membantu pihak polis bagi memerangi jenayah.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *