Home > Berita > Lelaki Cedera Kereta Terhumban Dari Parkir Aras 2

Lelaki Cedera Kereta Terhumban Dari Parkir Aras 2

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

SEORANG lelaki dilaporkan mengalami kecederaan apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terhumban dari tingkat dua parking bertingkat di Pangsapuri Mutiara Hight, Jelutong, Georgetown kira-kira 7.15 petang semalam.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dikatakan mahu meletakkan kereta di petak parkir selepas pulang dari kerja bersama isterinya.

Isterinya dikatakan telah keluar dari kereta sebelum lelaki terbabit meneruskan hasrat memarkir kereta namun malangnya, dia tertekan pedal minyak ketika berundur lalu merempuh tembok seterusnya terjunam jatuh bersama keretanya berhampiran pondok pengawal keselamatan.

Kejadian disahkan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid.

“Kereta terbabit sudah dialihkan dari lokasi dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang parah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *