Home > Berita > Lelaki Cedera, Telefon Bimbit Sedang Dicaj Meletup Di Kedah

Lelaki Cedera, Telefon Bimbit Sedang Dicaj Meletup Di Kedah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

KES telefon bimbit mendatangkan mala petaka ketika dicaj tidak asing lagi di pendengaran kita. 

Malah baru-baru ini terdapat kes kematian di Taman Desa Baiduri, Cheras melibatkan seorang wanita yang terkena renjatan elektrik semasa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicaj.

Terbaharu, seorang lelaki berusia 28 tahun cedera apabila telefon bimbit yang digunakannya ketika sedang dicaj meletup, awal pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan wajah, dada dan tangan.

fon2 (1)

Kejadian disahkan oleh Pengarah Kesihatan Daerah Datuk Dr Norhizan Ismail yang menambah, mangsa turut cedera pada kornea dan pecah gegendang telinga gara-gara letupan yang tercetus.

Diharapkan kita semua mengambil iktibar daripada kejadian ini dengan tidak lagi menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicaj. Selain itu, elakkan membeli dan menggunakan pengecas telefon bimbit yang palsu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *