Home > Berita > Lelaki cetus 53 kebakaran ditahan

Lelaki cetus 53 kebakaran ditahan

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

LOS ANGELES – Seorang lelaki warga Jerman yang disyaki menyebabkan kebakaran 53 rumah dan kereta di bandar Hollywood, Amerika Syarikat ditahan, kelmarin.
Harry Burkhart, 24, ditahan di bandar itu selepas seorang anggota polis melihat suspek memandu van yang diburu pihak berkuasa selepas siri kebakaran tersebut yang menyebabkan kerugian lebih AS$2 juta (RM6.3 juta).
Tiada kebakaran baru dilaporkan sejak suspek ditahan tetapi polis menegaskan siasatan masih berjalan.
Serangan itu berlaku di sekitar Hollywood, Jumaat lalu, dengan 11 kebakaran dilaporkan dalam tempoh dua jam .
Sejak itu, lebih 50 kebakaran dilaporkan sehingga awal pagi kelmarin.sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *