Home > Berita > Lelaki Menyesal Kahwini Ibu Mertua, Mengaku Buat Silap & Kini Mahu Bercerai

Lelaki Menyesal Kahwini Ibu Mertua, Mengaku Buat Silap & Kini Mahu Bercerai

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

21 Ogos – Seorang lelaki di India menyesal selepas jatuh cinta dan mengahwini ibu mertuanya sendiri.

Suraj Mahto, 22, menjadi tumpuan pada Jun lalu apabila dia meninggalkan isterinya semata-mata untuk mengahwini ibu mertuanya, Asha Devi, 42 tahun.

Hubungan terlarang itu bermula apabila Devi datang untuk tinggal bersama Suraj dan isterinya di kampung Puraini, Bihar pada tahun lepas.

Cinta Devi dan Mahto berputik selepas Devi menjaga menantunya itu ketika sakit. Apabila Devi pulang ke rumahnya semula, mereka akan berbual di telefon berjam-jam lamanya dan Mahto akan mengunjungi kekasih gelapnya itu di rumah sekali sekala.

Isteir Mahto, Lalita, mengetahui tentang hubungan itu dan memberita ibunya supaya berhenti namun ibunya enggan.

Bapa Lalita, seorang pekerja kilang di Delhi, juga tidak berupaya untuk menghalang cinta terlarang itu.

Biarpun mendapat bantahan dari orang kampung, Mohta dan Devi akhirnya berkahwin pada 1 Jun lepas di Dhamdaha.

Dua bulan kemudian, pasangan itu mulai sedar yang mereka telah membuat satu kesalahan besar.

Saya sudah sedar kebodohan saya sekarang. Saya mengaku saya sudah lakukan kesilapan tapi tidak akan mengulanginya di masa depan


“Sekarang, saya tidak lagi melayan dia(Devi) sebagai isteri. Tapi saya mula melayannya sebagai seorang ibu“, kata Mahto yang menambah dia sanggup melutut dan merayu kepada Lalita untuk kembali kepadanya. Mahto dan Lalita sudah mempunyai seorang anak lelaki bersama.

Selain Mahto, Devi juga turut sama mengakui kesilapannya.

Saya tidak lagi melayan dia sebagai suami, tetapi sebagai seorang menantu. Kami sudah memfailkan petisyen cerai di mahkamah dan saya mahu pulang kepada suami saya secepat mungkin.”, kata Devi.

Sumber : Dailymail

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *