Home > Berita > Luluh Hati Tengok Anak Maut Digilis Lori Depan Mata

Luluh Hati Tengok Anak Maut Digilis Lori Depan Mata

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP --> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Helmi berkata dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak.

BAGAN SERAI, 21 Sep – Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan anak bongsunya maut digilis oleh sebuah lori sewaktu hendak ke sekolah dalam kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, di sini, pagi ini.

Mangsa, Mohammad Haikal Helme, 10, yang berasal dari Kampung Parit Gabis Atas, digilis ketika dia hendak melintas jalan ke sekolah bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenan Omar Bakhtiar Yaacob memberitahu, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar 7.20 pagi dan mangsa dikatakan dirempuh oleh sebuah lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth.

Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa tergilis seterusnya maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada media di sini.

Ayah kepada Haikal, Helme Ahmad, 53, tidak dapat menahan kesedihan kehilangan anaknya ketika ditemui di unit forensik Hospital Parit Buntar.

Menurut beliau, mangsa amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya.

Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.

“Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur.

Sumber : Sinar Online

sumber

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *